Friday

HAZELNUT BALLS COOKIES




Bahan-Bahan

200 gm butter
50 gm shortening
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm hazenut kisar ]
260 gm tepung gandum ] gaulkan rata
100 gm tepung jagung ]

Hiasan
paper cup
coklat putih
manik hiasan

Cara Membuatnya
1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup.
9. Hiaslah mengikut suka hati.
10. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara

Source : Hanieliza

Tuesday

Some Petuas when you are in your KiTchEn

Check this out. 
Source: Celebrity Chef Sabri

1. KUPAS BAWANG
Untuk elakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.

2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.

3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.

4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh dengan air beras yang telah dicampur dengan asam jawa kemudian di bilas dengan air mengalir.

5. MEMUTIHKAN NASI
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi.

6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
Letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.

7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pasti niat yang ikhlas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup

KACANG BERSALUT



This year is amazing!  Where in the earth I've got the spirit to keep browsing for receipies. It is good to hear kids asking : What's up for today, mummy! Let's try on nuts...

Bahan - Bahan:

1 kg kacang tanah (tak perlu dicuci atau dibuang kulit)
3 biji telur putih
170gm gula pasir
1 camb garam
3 camb jintan manis
3 camb jintan putih
6-7 camb serbuk cili *optional
300gm tepung gandum
4-5 daun kari
minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:

Ratakan kacang ke dalam dulang dan jemur selama 8 - 10jam supaya ianya rangup * I put in the over for 40minutes at 150'C
pukul putih telur dengan whisker
Masukkan gula/garam/jintan manis/jintan putih/serbuk cili
kacau hingga semua bahan sebati
masukkan pula kacang dan kacau rata
masukkan tepung gandum dan gaulkan sehingga kesemua kacang bersalut dengan tepung
panaskan kuali
sendukkan 2 - 3 senduk bergantung pada size kuali
kacau sekali sekala supaya tidak hangus

**** It is tasty and good idea for kids tit-bits while watching their favorite movie

Thanks to Noreen from My Home Cooking Blog

APPLE CRUMBLE



Today when I saw few apples lying in the fridges for a week, I remember I came accross a receipe which one of the ingredient are apples.  Lets check out the receipe:

Bahan - Bahan (1person)

1/2 biji epal hijau/merah di potong dadu
3-4  sudu besar gula perang
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1.5sudu besar mentega
2 sudu tepung gandum
1 sudu besar kekacang *any type of kacang ( I used hazelnut crunch)

Cara Membuatnya
  • Gaulkan epal + gula perang + serbuk kayu manis
  • Masukkan campuran epal ke dalam bekas yang tahan panas
  • Dalam mangkuk yang lain, gaulkan mentega,tepung & kekacang dengan hujung jari sehingga jadi tekstur serbuk roti
  • Taburkan campuran tepung tadi di atas lapisan epal dalam bekas tahan panas
  • Tidak perlu ditekan,cukup sekadar menutupi keseluruhan permukaan epal
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
  • Bakar selama 15 - 20 minit sehingga permukaan atas (crumble) kelihatan perang
** More tasteful to eat with Vanilla ice cream!!

Source :  Ayu 898 from My Resepi

Monday

APAM SERI AYU



One of my kids' favorite

Bahan-bahan:
3 biji telur
240gm gula pasir
240ml santan atau susu segar
1 camb jus pandan atau pandan emulco
270gm tepung gandum
1 camt ovalette
1 camb tepung kanji/ubi
1/2 biji kelapa parut - ambil putih sahaja
garam


Cara Membuatnya
  • sapukan sedikit minyak pada acuan dan ketepikan
  • gaulkan kelapa, garam dan tepung kanji sehingga rata. ketepikan
  • panaskan kukus dengan api sederhana panas sementara menyediakan adunan
  • pukul telur dan gula sehingga kembang dan ringan (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh)
  • masukkan santan/susu segar, ovalette dan tepung gandum sambil dipukul lagi sehingga rata
  • cara memasak apam: ambil sedikit kelapa tadi dan tekankan ke dalam acuan sehingga padat
  • tuangkan adunan ke atas kelapa tadi
  • kukuskan selama 15 min

Source: Hanieliza's Blog

Saturday

DELICIOUS CHOCOLATE CAKE

 

Bahan-bahan ( Saiz 20 cm )

 2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1.5 cawan susu segar perasa coklat
0.5 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonat
1 sudu kecil baking powder
0.5 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Topping
0.5 cawan koko van haunten
0.5 cawan susupekat
1 sudu besar minyak masak

Cara Membuatnya

Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak 
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur berselang seli dgn bahan A
  • Gaul hingga sebati
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam
  • Topping : Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dengan api kecil
  • Tuangkan ke atas kek yang telah sejuk
  • Optional : I taburkan campuran oat dan cornflakes di atas topping

Source : Faiz

Friday

Herbs: Bay Leaf



General Description
Bay Leaves come from the sweet bay or laurel tree, known botanically as Laurus nobilis. The elliptical leaves of both trees are green, glossy, and grow up to 3 inches long.

The Bay Leaf is useful in hearty, homestyle cooking. When you are making bean, split pea and vegetable soups, meat stews, spaghetti sauce, and chili, a Bay leaf can be added for a more pungent flavor. Alternate whole Bay Leaves with meat, seafood, or vegetables on skewers before cooking. Be sure to remove Bay Leaves before eating a dish that has finished cooking. The whole leaves are used to impart flavor only and are bitter and hard to chew

Reference : Wikipedia

Thursday

Puding Jagung



 Bahan - Bahan

Puding Jagung

Bahan A
1 cawan tepung custard
1 1/2 cawan jagung manis - di blend
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Bahan B
1 s/m agar-agar - Resepi asal guna gelatin
1 cawan air paip
1 s/m gula


Cara Membuatnya
1) satukan kesemua bahan A.
2) masak sehingga pekat menggunakan api perlahan.
3) dah masak tuang ke dalam loyang
4) satukan kesemua bahan B.
5) masak sehingga agar-agar larut. kemudian tuang di atas puding tadi.
6) sejukkan.
Source : Princess Haryati

Chocolate Rice Cookies


Bahan-bahan ( 100 biji )

  • 450g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus
  • 110g gula perang
  • 100g chocolate chips ( I exchange with chocolate rice)
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 250g gajus(panggang dan cincang halus)
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara Membuatnya

  • Pukul mentega dan gula sampai kembang
  • Masukkan telur dan pukul lagi
  • Masukkan tepung baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  • Masukkan gajus dan kacau lagi
  • Buat bulat kecil - kecil  dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  • Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit
Source : Nadia - Myresepi

Wednesday

Tiramisu


Bahan - Bahan (8 pax)

  • 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir ( I use Balocco brand, thanks Faiz!)
  • 250g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
  • satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
  • serbok koko/cokolat utk hiasan

Cara Membuatnya


  • satukan cream cheese +whipping cream +gula dan pukul hingga kembang
  • celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
  • letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata
  • ulang process ini sehingga menjadi tiga lapisan
  • bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata,bolehlah ditutup dan disimpan di dalam peti ais.
  • hiaskan dengan taburan koko

Silent Baker

I am not a good cook or baker, that is the confession of a silent baker. 2009 is the year where I started my baking and I beginning to love it being in the kitchen. This cooking journal is meant for my future reference and it may be useful for my 2 daughters too : Puteri Nazirah & Puteri Nadhirah. Also dedicated to my dear fren : Faiza whom I always adore her cooking : Sehingga menjilat kesemua jari. You go babe!

Cheers